Isnin, 14 Mac 2016

biografi

                                 NEGARAWAN YANG SAYA KAGUMI


Namanya sinonim dengan kemerdekaan negara.Ya,siapa lagi jika bukan seorang putera 
berdarah raja.Baginda diputerakan pada 8 febuari 1903.

    Ayahda baginda Sultan Hamid Shah,Sultan Kedah.Bondanya pula bernama Nearng,kerabat
diraja Siam yang  menggunakan nama Che Menjalara setelah memeluk agama Islam.

   Baginda dibesarkan di istana tiga di Alor Setar,Kedah.Menjelang remaja,baginda ke Universiti of Cambridge,England untuk pengajian undang-undang.

   Baginda merupakan Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.Pada tahun 1963,baginda berjaya pula menyatukan Tanah Melayudengan Sabah dan  Sarawak dalam persetuan Malaysia.

   Banginda bersara pada tahun 1970 ekoran tragedi rusuhan kaum "13Mei 1969".Pada 
6 Disember 1990,baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.

  Kini,baginda telah  tiada.Namun begitu,semangat perpaduan yang menjadi teras perjuangan 
badinda terus subur dan mekar di Malaysia.Demikianlah baginda,Tuanku Abdul Rahman
Putra Al-Haj,"Bapa Kemerdekaan Malaysia"yang amat saya kagumi.

surat kiriman rasmi