Khamis, 14 April 2016

DIA IBUKU YANG TERCINTA

            Hati kecil iini terpangil untuk menulis kisah hidup dan jasa-jasa ibuku.Uban sudah memutih di kepala.Sesungguhnya begitu  wajahnya sentiasa tenang.Muka berbentuk bujur sirih.Wajah itu wajah ibuku yang tercinta.Ibu dilahirkan hampir 30 tahun yang lampau.Waktu itu negara diancam penjajah.Dasar Inggeris hendak memperkenalkan konsep Malayan Unnion.Sekarang aku sudah tahu apkah yang dimaksudkan dengan konsep itu.

          Jasa ibu  kepadaku sungguh besar dan berharga.Mulanya sebagai pendidik tidak rasmi di rumah.Ibulah yang membacakan cerita dengan nada suara yang nyaring di cuping  telingaku ketikaaku masih berusia dua tahun.Banyak cerita yang ibu dendangkan.Tetapi yang masih aku ingat ialah kisah lagenda Si Tanggang.daripada sinilah timbul  minatku membaca buku.Sekarang ibu terus memberi galakkan kepadaku.Aku bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke luar negaradalam bidang teknologi maklumat.

          Ibu tercinta juga sebagai penyelamat kepadaku.Suatu hari dalam musim cuti sekolah,kami ke kampung menziarahi datuk dan nenek.Kami juga sempat menikmati  buah durian dan rambutan.Aku terjatuh ke dalam perit besar.Ketika itu air mengalir deras dan berpusar-pusar.Ibulah yang menarik jambulku naik ke atas ban.Kalau tidak kerana jasa ibu, aku pasti mati lemas.



        Ibu sebagai pendorong dan penyuntik semangat.Benar,ibu tidak berpendidikan tinggi akan tetapi jiwanya kental,semangatnya tinggi hasratnya membara.Dia mahu kami anak-anaknya berjaya  dalam pelajaran.Aku yang sulung sudah pasti menunjukkan cotoh kepada adik-adik tiga orang itu.Dorongan ibulah yang menyebabkan aku gemilang dalam pelajaran dan terbilang dalam sukan.

       Hari ini sambutan hari ibu diadakan.Aku mengenang jasa-jasa ibu melalui sambutan hari ibu ini.Aku ciumi tangan ibu yang sudah berkedut itu.Aku dakapi ibu serat-eratnya tanda kasih dan sayang.Aku hadiahi ibu dengan sejambak bunga.Aku hului ibu dengan sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu.

 
      Engkau ibuku.Kalau tidaklah kerana jasa ibu tercinta,siapalah aku di dunia ini.Walaupun ibu tidak mengharapakan balasan apa-apa,akan tetapi rasanya kejayaan cemerlang anakmu ini pasti mengubati rentak pengorbanan sepanjang hayatmu.Jasamu ibuku pasti kukenang sepanjang hayat.  
   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan