Khamis, 14 April 2016

GURU YANG SAYA SAYANGI

                Nama guru yang saya sayangi ialah Puan Rashidah binti Awang.Beliau seorang guru yang berdedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.Puan Rashidah juga seorang guru yang bersikap penyayang.

               Puan Rashidah dilahirkan pada tanggal 19 Januari 1990.Beliau dilahirkan di Pematang Pasir,Pulau Pinang.Beliau sudah mendirikan rumah tangga dengan Encik  Noordin bin Sulaiman.Beliau dikurniakan dua orang cahaya mata.

             Puan Rashidah mendapat pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di Pematang Pasir.Kemudian ,beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikkan guru di Maktab Beliau perguruan Sultan Abdul Halim di  Sungai Petani,Kedah.

              Sehingga sekarang,Puan Rashidah sudah mengajar di empat buah sekolah.Kini,Puan Rashidah merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah saya.Beliau juga menjadi guru penasihat bagi Pesatuan Bahasa Melayu.

             Saya sangat sayang Puan  Rashidah kerana beliau merupakan guru kelas saya.Sikap beliau  yang tegas semasa mengajar  memudahkan kami memahami topik diajar.Namun begitu,beliau juda seorang guru yang sangat penyayang.Puan Rashidah selalu memberi kata-kata nasihat dan perangsang kepada kami.Beliau juga sering berkonsi pengalaman untuk menyedarkan kami tentang pentingnya menuntut ilmu demi kejayaan  pada masa depan.

            Jasa Puan Rashidah akan saya kenang sepanjang hayat saya.Tidak mudah untuk saya melupakan jasa beliau memdidik dan mengajar saya.Beliaulah guru yang saya sanyagi Terima kasih  cikgu,atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan.
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan